Sunday, May 5, 2013

Tips Naikkan Berat Badan

Hello Keknis dah janji nak bagi tips naikkan berat badan sebab badan Keknis pernah naik satu ketika dulu jadi Keknis cuba ingat kembali perangai Keknis serta rutin waktu ketika itu untuk dijadikan panduan mahupun tauladan (bagi yang taknak naik berat badan). Tips yang diberikan tidak semestinya sihat.


1. Makan lewat malam.
Wah, terus-menerus bagi tips paling tak sihat sekali mentang-mentang dah tulis disclaimer LOLOLOL. Tapi ini sangat betul. Ada satu masa tuh, I was always working till late for few weeks, balik shooting pun lewat, walau kat set dah makan dinner (nasi) dan supper (biasanya Ramli burger), tapi sampai rumah still akan lapar lagi pastu masak maggi atau nasi putih telur dan kicap pergh pergh pergh gebu berat badan. 

2. Always have food within reach.
Dalam bahasa Melayunya, sentiasa ada stok makanan dalam ruang gapaian. Wah. Seperti Keknis, Keknis memang simpan makanan merata. Dalam almari kat bilik, dalam kereta, dalam handbag ada bread & butter, everywhere. Langkah ini sesuai untuk orang yang malas nak cari makan pada waktu senggang, malas nak turun dapur dan sebagainya. Malas adalah satu penyakit yang bukan hanya membuatkan orang gemuk, tapi membuatkan orang kekal kurus juga, pabila MALAS MAKAN. Jauhi 'malas'.

3. Minum air limau suam/panas.
Keknis kalau makan pastu order air limau suam, memang lepas habis makan still lapar. Teruk gila. Pernah sekali lepak makan nasi daun pisang kat Nirwana Maju sambil minum limau suam/panas, pastu biasalah perangai budak-budak baru nak up kan suka tukar tempat lepak, jadi pergilah pulak Mamak Andersen lepas selesai pekena nasik. Kebulur gila dahku cecah jer bontot kat kerusi terus menggigil tengok menu dan order beef lasagna. Penangan asid sang air limau. Damn mok mok.

4. Bahagiakan diri anda.
Ini tips yang paling orang selalu sebut-sebut (eh dah makin berisi, tengah bahagia lettewww) tapi lupa betapa benarnya ia kepada berat badan kita. Bila kita gembira, mesti kita rasa semua benda best semua makanan sedap selera terus menggunung. It's good :) Tapi bila kita stress, kita cengkung, sebab tak selera makan, emosi terganggu, terlalu pikirkan sesuatu sampai terlepas waktu-waktu meal :( Jangan stress tau :( Tak elok :(

5. Jangan masak.
Satu benda yang Keknis perasan, setiap kali lepas Keknis masakkan untuk keluarga, mesti macam tak lalu makan sangat. Lagi excited nak mengadap diorang makan sambil menatap muka puas memasing (bangga lettew orang makan makanan dia). Diri sendiri plak tak berapa lalu makan sebab 1) Dah tahu rasa masakan itu waktu altering the taste. 2) Dah penat masak. 3) Bau badan sendiri dah macam bau kenduri. 

Jadi kalau nak jaga selera makan dan naikkan berat badan, takyahlah masak. Hahahahaha, sebab masa Keknis busy kerja tuh, Keknis memang tak menyempat nak masak, that's why selera jer makan! Fuh!

 Tak elok sungguh nasihat ini kepada para gadis yang nak naikkan berat badan, tapi sekadar berkongsi. (Secara tak langsung, siapa yang nak turunkan berat badan tuh, RAJIN-RAJIN kan lah diri memasak).

6. Makan 3 course meal. Always.
Pembuka selera (buah-buahan/salad), makanan utama (nasi/lamb chop) dan pencuci mulut (kek/aiskrim/puding/creme brule). Setiap kali. Kadang-kadang takde dessert pun, mesti carik gak biskut dalam tin yang manis-manis. Memang habit.

***

Itu saja buat masa ini. Keknis akan tambah kalau terlintas lagi tips yang pernah Keknis amalkan. Yeay bye! Rindu korangz.


Wednesday, May 1, 2013

Gwiyomi by Jaguhbi


Siapa benci Gwiyomi dan rasa ianya satu phenomena pointless perasan comel? Saya. Oh awak juga? Oh dan awak kat belakang sana? Eh dia tuh sekali wah wah wah rilek kita bincang kita bincang.


Gwiyomi datang secara ‘panggg’ (tiba2) dan diangkat oleh KPoppers. Tiada masalah di situ. Yang timbul masalahnya adalah pabila orang ramai cuba request Keknis buat Gwiyomi. LIKE AMAGAD NEVAAA.


Cukup-cukuplah Gwiyomi yang sedia ada. Ke tak cukup? Ke korang nak semua manusia buat baru tidur malammu tenang? Kena jugak ke paksa? Pastu tengok rakan-rakan artis (perghhhh rakan artis skanggg) buat dengan selamba. Peer pressure oh! Bila fans (perghhhhhh fans skangggg) request dengan teruja, fans pressure oh!


Dan.. dannn tu jugak, DiGi keluarkan contest Gwiyomi. Banyakkk video-video Gwiyomi penyertaan. Tengok sikit, tengok prizes, pastu pikir. Why not?


Pikiaq punya pikiaq, dengan kuasa Tuhan, Jaguhbi kucingku yang gedempol tiga kaki itu melintas dalam minda. *ting* idea menerpa kotak pikiran. *ting* bunyik roti dah keluar toaster untuk sarapan. Lepas sarapan, angkut Jaguhbi yang tengah mamai, pastu terus on henpon terus on lagu Gwiyomi terus rakam. Takde rehearsal takde apa. Terel woh Jaguhbi takyah rehearse hafal steps. Terel sangat.


Terhasillah Gwiyobi, nama untuk video Gwiyomi by Jaguhbi. By the way, korangz takyah nak puji Jaguhbi redha sopan baik turut kata sangat lah k. Dia tengah mamai memang camtu. Bila nak buat second time, bila dia dah paham konsep, terus dia kejungkan badan sambil mengerang ‘wereowwwww’. Sampai hati taknak teamwork.






Now there’s a good reason for you to do the Gwiyomi.




Siapa siapa yang die hard Kpop fans tu are in luck! The 2013 Asia Super Showcase in Malaysia rasanya THE concert to go to this year kan with artis artis fehmes macam Girls’ Generation, AOA dan Shinhwa?


Now you can win exclusive, money-can't-buy BuddyzTM Passes to the 2013 Asia Super Showcase in Malaysia, which includes Express Entry to the Super Zone, an Exclusive Backstage Tour and #BuddyzTM season 2 LIVE SHOOT!


Anda cuma perlu rakam video Gwiyomi macam I (best lagi kalau bukan kucing anda kerana you’re up against fierce competition ok.) dan submit.


Nak masuk? Layari digi.my/gwiyomi . Kalau taknak tertinggal baik rakam dan submit hari ini jugak cos contest ends this Sunday 5 May. Courtesy of DiGi Easy Prepaid Buddyz are never apart with 24 hours free calls, SMS, Facebook and Twitter .


Ada gak point Jaguhbi berGwiyomi sampai taring tertonyoh.



Jaguhbi made it to num 5 hewhewhew

Tuesday, April 2, 2013

Tips Turun/Maintain Berat Badan

Rasanya bukan lagi satu berita tergempar bahawasanya Keknis suka makan. Ehem. Diam korangz.
Dalam pada masa yang sama Keknis sentiasa monitor weight Keknis sebab semua perkara yang Keknis buat adalah bersebab. Cara Keknis makan, waktu Keknis makan, makanan yang Keknis ambil, exercise yang Keknis buat, bilangan kunyahan setiap suapan cewah suka lebih2.

Ada ketika Keknis rasa Keknis perlu naikkan berat badan, Keknis terpaksa ubah gaya hidup. Ada masanya, orang tegur badan dah naik sangat tak sesuai untuk TV, Keknis experiment cara lain pula untuk kurangkan. Jadi tips ini adalah dari experience, dari DIET DIARY Keknis. Nota: Diet bermaksud pemakanan ya. Bukan bermaksud jaga makan/makan kurang. Sebab itu doktor sarankan 'jagalah diet anda'. Maksudnya jagalah pemakanan anda. Salah bila ada gunakan 'saya sedang berdiet'. Huh?

Untuk Turun/Maintain Berat Badan.

1. Makan sedikit tapi banyak kali. Namun kalau kat restaurant yang mana makanannya portion besar, hmm memang terpaksa habiskan. Untuk hari yang macam itu, Keknis cuma makan 3kali sehari.

2. Pernah dengar 'Breakfast like king, lunch like prince, dinner like a pauper/beggar'? Kenapa kena breakfast paling meriah dan merudumkan kemeriahannya pabila melewati harimu? Sebab untuk brekafast yang besar, kita ada WHOLE DAY untuk hadam ia dan bakar lemak itu. Bila dinner pula, lepas makan kita terus rehat dan tidur. Jadi dinner Keknis memang simple selalunya atau kecil portionnya. Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit. Amalkan.

3. Sejak Keknis dah dewasa ini, Keknis agak-agak Keknis dah merasa semua air yang sedap-sedap fruit punch smoothies shake mocktail juice bagai. Jadi Keknis pun sudah mula berhenti minum air yang fancy dan manis (kecuali Red Bull untuk waktu kerja terutama waktu hosting). Kini semua makanan yang sedap-sedap itu akan mendapat pasangan yang terbaik, iaitu air mineral. Memang air mineral all the way. Cuma pagi saja minum yoghurt drink (rarely). Breakfast like king katakan.

4. Detox. Usahakanlah untuk berry (nama manja bagi buang ayaq besaq) sekali sehari. Ini kena consistent sebab tak bagus untuk badan simpan toksik lama2. Syukur sebab sistem penghadaman Keknis baik, boleh auto every morning LOLOLOLOL TOO MUCH INFO SHADAP YOU, tapi bagi yang susah nak berry everyday: try minum Milo setiap pagi selepas breakfast. Makan pisang setiap hari. Goodluck!

5. Detox, masih dalam topik penyahtoksik (detox). Sebab Keknis suka gilos makan dessert/pencoci mulot, jadi banyak sugar dalam badan. Sugar tulah yang boleh menggemukkan! Maka, selain cuba membalas balik dengan air mineral, setiap malam sebelum tidur Keknis akan minum green tea! Green tea sangat sedap waktu masih panas/suam. Cubalah suka, perlahan-lahan mesti boleh.

6. Jangan malas berpeluh. Pagi-pagi Keknis akan menari sebelum mandi. Ada yang tanya menari camnerrrrrr tuewwwww? OMG korangz. Menari jelah macam mana pun. Macam parodi Shae Sayang tuh pun kalau bersungguh buat sure berpeluh. Berpeluh untuk 30minit baru sejukkan badan dan shower. Rasa segar gila nak pergi kerja, selain menggunakan semua benda yang dah anda pelahap itu sebagai tenaga :') Tak sia-sia makan... bukan untuk tambahkan ukuran lilitan pinggang.

7. Makan dalam mangkuk dan gunakan sudu. Okay ini tips untuk tak terlebih makan masakan Mama. Mama masak super sedap okay, and for me, kalau makan guna tangan memang kerja nak menambah nasik ajer! Sedap betul ya jus-jus tangan. Memang bagus makan pakai tangan sebab peluh tangan boleh hadamkan makanan itu sekali, tapi, kalau dah portion tambah nasi 3kali ganda... sila pahamkan konsep. So, bila nak kawal nafsu, memang Keknis makan nasi berlauk pakai mangkuk dan sudu! Tak tambah nasik! Terel :') (sudu kurang nikmat hahaha)

Sekian. Oops! Untuk tips naikkan berat badan entri lain ya! Dah panjang sangat ngomel perkongsian ini.



Monday, April 1, 2013

Berita Diri Ini

Assalamualaikum lama sangat tak bersembang di sini, tapi kalau di Twitter, Instagram dan Keek, ada saja Keknis mengomel tanpa arah. Jemputlah ikuti dengan nama @haniszalikha di semua social sites yang Keknis sebut tuh.

Sekarang berada di set filem arahan Abang Aaron Aziz (tajuk masih belum released), dan insyaAllah ada beberapa hosting gigs untuk tahun ini. Tapi tak dapat mainkan watak Tish untuk Memberku (Hawa) season kedua sebab schedule agak tight. Sedih, first watak jahat ever. Tapi takpe tengah experiment watak-watak lain. Terima kasih yang menonton drama Aku Benci Mama di TV3 tempoh hari. Alhamdulillah, thank you thank you thank you dengar kata rating bagus terima kasih sangat sangat sangat sebab sanggup tunggu DS Najib habis mengomel.

Kini sudah diserap masuk Astro sebagai Artis Naungan Astro, (BUKAN EKSKLUSIF YA, MASIH BOLEH BUAT UNTUK STESEN TV LAIN) sama-sama dengan Ketih Foo, Aaron Aziz, Johan dan Zizan. Syukur untuk mileage ini.



Haaaa, sempat ingat kat korangz waktu dalam interview kan? Hehehe sepuluh jariku pohon ampun pada yang membaca dan menunggu.


For job offers, contact my PA at 0124880651 (Shira).

Sunday, March 31, 2013

Tengahari ini saya di JB. Jom?



Thursday, March 21, 2013

Aku Benci Mama


Ahhhhhh saya di sini di sini! Maaf sebab life is crazy now. Di kelapangan ini Keknis nak kongsi behind the scene cerekarama TV3 bertajuk Aku Benci Mama yang tak pernah kongsi di mana-mana. Hergh bajet exclusive preview ke apa cakap camtu beach please. 

Saya seronok gila dapat kenal dengan semua yang saya berlakon sekali. Masing-masing pleasant dan professional. Paling penting warm kepada orang baru yang hingus masih meleleh tak minum ketagih macam diri ini. Kak Eja dan Kak Zila Bakarin paling disayangi, mereka biarkan saja panggilan ibu (Eja) dan mama (Zila) melekat sampai sekarang. 


Alahai so comel! Ini adalah lakonan seriousku yang pertama. Karakter yang saya tak pernah main sebelum ini. Yang kena menangis like ALL THE TIME. Dan kita semua tahu yang saya cuma menangis out of extreme hunger hehehe bila lapar angat. Jadi saya pesan kat PA saya, Shira, jangan bagi saya makan! Biar saya beremosi. Tapi... termakan jugak sebab nasi campur kat set location sedap sangat.

Nasib baik dapat pengarah yang sangat memahami kebaruan ('baru' ya, bukan 'barua', baca leklok2 haippp) diri ini LMAO. Abang Apache bagi saya explore apa saya nak buat, dia guide saya dan kalau saya tak puas hati dengan performance sendiri dia willing nak buat sampai kita dua puas. 


Cool gila kan macam rocker? Pastu tiba2 tercomel sebab panggil wife dia depan kitorang 'baby'. Hahahahahahahahahahaha pastu cepat2 pandang sekeliling nak tengok siapa yang perasan hahahahahahahahahahaha! Wife dahlah hot!!!


Carleed the heartbreaker. Anak Abang Apache and Kak Hana.




Waktu ini my berat badan memang paling berat sekali yang pernah ditimbang dalam hidup. Sampai Abang Apache tegur pipi nak keluar screen monitor tuh. Pergh, susahlah masuk tv memang add 10kilo, pastu kalau dah memang tembam, dia macam berdouble cheeseburger kat situ.


 Wan Sharmilla as my bestfriend in Aku Benci Mama. Suka tengok dia berlakon! 



Me and Mama gelakkan Ibu.


Humble and wise lady, Ibu.


 Hero saya untuk Aku Benci Mama teringin nak bawak kereta saya -_-. Afiq Muiz adalah salah satu manusia yang sangat weng dekat set. Kerja dia mengarut pastu gelak pastu bila gelak mata dia hilang.













Inilah salah satu shot di mana pipi saya hampir melimpah keluar screen monitor sebab mencebik kena marah dengan Ibu.




Pengalaman yang sangat sangat baik! Keseronokan macam nilah yang buat acting so much fun! 
Kalau nak tengok Aku Benci Mama, jemputlah buka 
TV3, Sabtu ini pada pukul 10malam!